Saturday, September 19, 2009

PM Tahu Pelan Persaraan Saya - Samy Vellu

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu pada Jumaat berkata beliau telah membincangkan pelan persaraannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jun lepas dan akan tetap berpegang kepada pelan itu.

"Saya telah berbincang secara terus terang dengan perdana menteri ketika saya menemuinya di Sarawak di mana saya memberitahunya mengenai pelan (persaraan) saya.

"Saya akan berpegang kepada apa yang saya katakan kepada perdana menteri dan saya tidak akan mengubahnya (pelan saya)," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata Najib tahu mengenai rancangan persaraannya tetapi beliau enggan mengulas lanjut, sambil menyatakan ia adalah antara beliau dan pengerusi Barisan Nasional (BN).

Mengenai kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah liabiliti kepada BN, Samy Vellu berkata Dr Mahathir bebas menyuarakan pendapatnya.

"Saya tidak terluka dengan komennya dan hormat saya terhadap beliau tidak akan berkurang," katanya.

Bagaimanapun, Samy Vellu berkata beliau sedih apabila baru sekarang Dr Mahathir melabelkannya sebagai liabiliti "tetapi ketika BN menang (pada pilihan raya umum), saya dianggap satu aset".

"Saya tidak terkejut langsung dengan komennya tetapi saya fikir beliau enggan faham bahawa kekalahan BN (di banyak kerusi) pada pilihan raya umum lepas bukan kerana saya.

"Seorang (ahli politik) yang berpengalaman seperti beliau perlu memahaminya," kata Samy Vellu.

Samy Vellu menganggap komen Dr Mahathir ibarat "memberitahu seorang isteri yang masih muda bahawa dia cantik dan satu aset, tetapi apabila tua, dia dilabel sebagai liabiliti".

Dr Mahathir, dalam satu temubual dengan Bernama semalam, berkata Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada BN pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal dan beliau perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggunjawab terhadap kegagalan parti itu pada pilihan raya umum lepas.

-- BERNAMA

Sunday, September 13, 2009

Tiga nama calon, yakin peluang cerah - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 14 Sept: PAS yakin mempunyai peluang yang cerah untuk menang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang Negeri Sembilan berdasarkan lonjakan sokongan rakyat dalam tujuh pilihan raya kecil di Semenanjung dan pilihan raya umum ke-12 yang lalu.


Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sungguhpun persoalan undi pos menjadi perhatian utama kerana mampu mempengaruhi keputusan, namun ianya tidak semestinya memihak kepada Barisan Nasional (BN) seperti tanggapan umum.

"Undi pos tidak semestinya memihak kepada mereka kerana kita juga pernah mendapat sokongan daripada undi pos ini.

"Cuma yang kita mahu ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telus dalam proses undi pos termasuk membenarkan kempen kepada pengundi pos dan mereka juga boleh hadir sama-sama mendengar kempen kita," katanya.

Sementara itu ketika ditanya calon PAS yang bakal bertanding, beliau memberitahu setakat ini tiga nama calon telah dikemukakan kepada Mesyuarat PAS Pusat untuk dipertimbangkan namun akan mengumumkan satu nama setelah SPR mengisyhtiharkan tarikh penamaan calon.

"PAS negeri (Negeri Sembilan) telah kemukakan nama tiga orang calon yang telah dikenalpasti berpengalaman dan diyakini boleh berkhidmat kepada rakyat. Semuanya adalah anak tempatan.

"Kita akan lawan sesiapa sahaja," jelasnya ketika disoal tentang ciri calon dan spekulasi lawan PAS yang bakal bertanding iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, daripada Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia pada 4 Sept lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, calon PAS, Ramli Ismail memperolehi 4,097 manakala Azman memperolehi Azman 6,430 undi.

Mengenai peluang PAS untuk menang, Ustaz Hadi berkata ianya adalah cerah berikutan momentum kemenangan yang semakin melonjak yang diperolehi parti itu sejak Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

"Pada pilihan raya umum lalu kita hanya kalah dengan kira-kira 2,000 undi sahaja dan berdasarkan momentum kemenangan yang diperolehi menerusi beberapa pilihan raya kecil, peluang untuk menang adalah cerah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Program Semarak dan Semerbak Ramadan PAS di Pejabat Agung Jalan Raja Laut petang semalam.

Program tersebut bertujuan mendekatkan PAS serta menyantuni masyarakat warga kota khususnya penghuni-penghuni lorong gelap - Lorong Haji Taib yang terdiri daripada penagih dadah, golongan gelandangan, maknyah,pekerja seks dan anak-anak mereka, anak-anak yatim, saudara baru dan fakir miskin.

Turut hadir sama dalam program anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyrakatan PAS (LKKPP) ialah pengerusinya sendiri iaitu Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Mohammad Nor, Pengarah Program Brig Jen (B) Abdul Ghani Mahludin.

Terdahulu Ustaz Hadi menyampaikan tazkirah Ramadan kepada kira-kira 200 hadirin yang sejak awal jam 2.00 petang telah turut serta menjayakan pelbagai aktiviti yang dianjurkan antaranya perkhidmatan kesihatan percuma, guaman dan kaunselling.

Ustaz Hadi dalam ucapannya menyeru kelompok masyarakat yang tersasar dan terlibat ke kancah yang tidak diingini khususnya di Lorong Haji Taib dan Chow Kit agar kembali ke pangkal jalan kerana ruang pengampunan yang disediakan oleh Allah SWT sangat luas kepada seiapa sahaja.

"Tidak ada manusia yang tidak ada dosa. Malahan saya sendiri ada dosa. Para Nabi juga pernah buat silap.

"Ini kelemahan manusia, justeru tuhan memberi peluang untuk kita bertaubat dan merahmati. Allah beri peluang supaya kita tidak terlambat. Oleh itu rebutlah peluang itu khususnya di bulan Ramadan ini," katanya yang membuat hadirin, masing-masing pegun dan khusyuk mendengar suntikan semangat daripada Presiden PAS itu.

Tambahnya lagi, apa yang ditentukan baik buruk oleh al-Quran merupakan kata-kata benar daripada pencipta manusia yang mengetahui segala kelemahan dan kelebihan makhluk ciptaan-Nya.

Umpamanya pengharaman tuhan terhadap daging babi kerana mempunyai kesan buruk yang kini telah dipercayai oleh masyarakat dunia tentang kebenaran al-Quran itu apabila terjadinya wabak Selesema Babi yang menular sehingga membawa maut, katanya.

"Bagaimana bijak manusia sekalipun tidak mampun mencipta manusia. Justeru yang mencipta manusia wajib kita taati dan taqwa.

"Kita sama sahaja di sisi Tuhan. Yang dipandang Allah ialah ketaatan dan ketaqwaan seseorang,"katanya yang juga Ahli Parlimen Marang dan mengakhiri ucapannya kira-kira jam 7.00 malam.

Program yang bermula jam 2.00 petang itu berakhir pada jam 8.30 malam, seusia majlis penyampaian sumbangan PAS kepada hadirin. _

Thursday, September 3, 2009

Semut Merah............


untuk apa kau mencintaiku
orang yang tak punya apa-apa
kau akan kecewa setelah kau tahu
siapa aku yang sesungguhnya

bukan aku tak mencintaimu

tapi betapa diriku malu
kau siraja harta
ku raja sengsara
antara kita jauh berbeda

bukan aku x mencintaimu

chorus
aku orang kecil
engkau orang besar
kau ibarat gajah
ku hanya semut merah

aku orang kecil
engkau orang besar
tiada sebanding
tuk saling menyinta

lebih baik kau dan aku
berteman biasa sahaja

untuk apa kau mencintaiku
orang yang tak punya apa-apa
kau akan kecewa
setelah kau tahu
siapa aku yang sesungguhnya

bukan aku tak mencintaimu
tapi betapa diriku malu
kau siraja harta
ku raja sengsara
antara kita jauh berbeda

bukan aku tak mencintaimu

ulang chorus